Terpisah tanpa alasan, bertemu juga tidak disengajakan.
Posts
Showing posts from November, 2019
- Get link
- X
- Other Apps

PADA minggu lalu, sebuah makalah berjudul The 22 Best Writing Tips Ever oleh Melissa Donovan menerusi Writing Forward telah berjaya menawan kecenderungan saya untuk berkongsi serba sedikit info yang menarik buat para pembaca khususnya buat sahabat sepenulisan sekalian. Sedar atau tidak, dunia kini mampu dikuasai dengan hanya melalui percantuman aksara yang membentuk tulisan. D engan tulisan, perkara benar bisa menjadi dusta. B egitu juga sebaliknya. Menurut makalah yang dikongsikan, Melissa Donovan telah menyenaraikan beberapa petua yang meliputi asas-asas dan aspek terpenting bagi menghasilkan sesebuah penulisan yang terbaik dan cemerlang. Jika diamati sepintas lalu, kesemua petua yang diberikan tidaklah begitu asing dengan kehidupan seharian buat sesiapa sahaja yang ingin memulakan penulisan. Namun begitu, bukanlah sesuatu perkara yang mudah untuk dijadikan sebagai rutin berkala buat mereka yang tidak terbiasa dengan hal-hal baharu. ‘Betulkan yang biasa, biasakan yang ...