SAYA


NUREZZATUL NADHIRA BINTI MOHD FADZLUDIN dilahirkan pada 29 Januari di Segamat, Johor. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian (Pengajian Bahasa Melayu) dan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah daripada Universiti Kebangsaan Malaysia.

Bidang minat beliau merangkumi penulisan kreatif, pengucapan awam, pengacaraan majlis dan kesusasteraan Melayu. Beliau merupakan Alumni Minggu Penulis Remaja Dewan Bahasa dan PustakaBeliau aktif dalam pelbagai pertandingan bahasa dan kesusasteraan pada peringkat kebangsaan dan universiti. Antara pencapaian beliau ialah Johan Suara Radio DBP Wilayah Selatan (2023), Naib Johan Video Ulasan Buku Kementerian Komunikasi dan Digital (2023), Tempat Ketiga Pertandingan Baca Naskhah Melayu Klasik Malaysia Dewan Bahasa dan Pustaka (2022), serta Naib Johan Video Resensi Buku Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (2022).

Beliau juga pernah meraih Naib Johan Deklamasi Puisi Moden dan Tradisional Universiti Kebangsaan Malaysia (2019), Johan Pengucapan Awam Karnival Koakademik Prauniversiti Daerah Muar (2017) serta Johan Cerpen Kategori Pelajar dalam Sayembara Menulis Cerpen dan Puisi Negeri Johor Dewan Bahasa dan Pustaka (2015). Selain itu, beliau turut menyertai Program Pengantarabangsaan (Jaringan Pendidikan) Bahasa Melayu ke Thailand (2013), Indonesia (2014) dan Brunei (2015). Kini beliau merupakan seorang pendidik di salah sebuah sekolah menengah di Muar, Johor. Pengkhususan beliau ialah Bahasa Melayu. Boleh dihubungi di nurezznadh@gmail.com

Popular posts from this blog