Bilakah kali terakhir saudara disapa dengan bacaan doa yang begitu indah, lalu menggetarkan rasa sebak hingga menitiskan air mata?

Hari ini, kami didengarkan dengan bait doa yang sarat dengan emosi dan maknawi. Santun doanya mengalir lembut, menyentuh segenap rasa tentang tanggungjawab seorang guru. Seluruh dewan tenggelam dalam haru. Kedengaran esakan kecil yang cuba disembunyikan. 

Sendu. 

Doa itu menjadi hembusan semangat lantas mengingatkan kami bahawa perjuangan ini bukan sekadar tuntutan, tetapi ibadah yang meninggalkan bekas abadi sepanjang zaman. ✑

Comments

Popular posts from this blog