Dalam terkejar-kejar mahu ke kelas siang tadi, NM sempat menyuakan kuih seri muka dan meminta saya untuk mengambilnya beberapa. Jujurnya, kuih tersebut bukanlah menjadi pilihan teratas saya dalam senarai kuih tradisional. Namun, tak semena-mena saya mengambilnya tiga! Alahai, entah apalah yang saya fikirkan pada waktu itu. Tetapi, saya tidak dapat menikmatinya terus kerana ada sahutan lain yang lebih utama. Saya simpan seri muka NM di dalam bekas bekalan harian saya yang telah dicuci bersih. Saya hampir tidak teringat akan seri muka NM itu hinggalah ketika dalam perjalanan pulang ke rumah usai mesyuarat. Saat masa terus mengepung, saya menjamah seri muka pemberian NM di dalam kereta. Ketika suapan pertama, saya mengucap kuat, "Ya Allah, sedapnya!" Sepanjang perjalanan, saya menyitirnya berkali-kali. Siapa sangka kuih yang bukan menjadi pilihan utama saya itu, saya berjaya habiskan semua. Saya bersyukur dikurniakan kesihatan untuk merasai nikmat makan , setiap kali suapan. Se...
Comments
Post a Comment