Perkampungan tiga hari dua malam di Alor Gajah, Melaka telah menemukan saya dengan papan kayu ini.
Sudah lama saya meninggalkan katil bertingkat sejak zaman persekolahan. Pada papan sebeginilah dahulu saya sematkan nota-nota angan dan renungan. Setiap kepingan dibaca sebelum mata terpejam lena. Papan kayu itu menjadi saksi bisu kepada impian seorang anak muda yang percaya bahawa esok pasti ada untuk menuntut usaha.
Kini, dalam kamar sederhana ini, papan yang seakan sama kembali menundukkan pandangan saya. Zaman berlalu, namun semangat itu masih terus bernyala, persis cahaya kecil yang enggan lenyap di balik kayu yang kian renta. ✑
Comments
Post a Comment