Di balik tirai setiap babak, timbul persoalan yang terus berulang: Adakah hukuman hari ini hukuman yang wajar? Adakah hukuman itu dapat membela nasib mangsa? Dan paling meresahkan, apakah pesalah itu akan benar-benar bermuhasabah diri, atau hanya menanti masa berlalu di sebalik tirai besi, tanpa pernah menjemput cahaya insaf ke dalam hati?
Saya kira keadilan bukan semata-mata tentang menghukum, tetapi tentang bagaimana manusia belajar, sedar dan memilih untuk tidak mengulangi lagi kesilapan yang pernah menggelapkan hidupnya. Kerana pada akhirnya, keadilan yang sejati bukan sahaja menuntut balasan, tetapi juga membuka ruang untuk perubahan, agar setiap jiwa yang tersesat masih diberi peluang menemukan jalan pulang. ✑
Comments
Post a Comment