Ramai di antara mereka yang masih tidak mampu membaca jam analog. Mereka lebih menggemari jam digital. Tidaklah salah, tetapi adakah kita tidak perlu mempelajari detik masa dalam bentuk asalnya? Bukankah lebih baik jika kedua-duanya dikuasai?
Hari ini saya berkesempatan membimbing sebuah kelas, memperkenalkan kembali seni membaca jam analog, lalu mengaitkannya dengan sifir lima. Sesuatu yang dahulu begitu asas bagi kita, kini kelihatan asing di mata mereka. Barangkali asas itu semakin terhakis, tertimbus oleh arus moden yang serba pantas. Walaupun begitu, dari sorot mata mereka yang ingin tahu, terbit keyakinan bahawa ilmu lama ini tidak pernah benar-benar mati, hanya menunggu masa untuk kembali dihargai. ✑
Comments
Post a Comment