Posts

Showing posts from September, 2025
Image
  Setiap perjalanan bermula dengan satu langkah kecil. Semoga kembara ini menjadi wadah istimewa yang menyingkap detik-detik indah penuh makna. ✑
Image
Dua tahun lalu, ketika menunaikan solat sunat tarawih di sebuah masjid di USJ, seorang wanita menghulurkan sejadah mini berona hijau ini kepada saya. Saya menerimanya dengan senyuman, tanpa bicara panjang. Sejadah ini masih setia bersama-sama saya hingga ke hari ini. Setiap kali dibentangkan, hati saya pasti teringat akan peristiwa istimewa pada malam itu. Malam yang membawa tenang, mengalir lembut ke dasar hati yang sentiasa merindukan damai dan terang. Saya berdoa semoga sejadah kecil ini menjadi bekal pahala yang berpanjangan buat dirinya. ✑
Image
“Tanda koma lebih penting berbanding noktah dalam hidup.”  Saya tertarik dengan  sari kata dalam siri  ini. Ada benarnya. Noktah itu penutup, koma pula ruang bernafas. Dalam koma kita diberi kesempatan untuk berhenti sejenak, merenung, lalu menyambung kembali perjalanan. Hidup ini bukan semata-mata tentang menamatkan, tetapi menangguhkan dengan harapan masih ada sambungan. Selagi ada koma, selagi itu ada peluang untuk menulis semula dan menyulamkan kisah yang belum sempurna.  ✑