...waima kisahnya sudah terputus lama, namun definisi dan bait kata tetap dikendong selamanya.
Get link
Facebook
X
Pinterest
Email
Other Apps
Setiap perjalanan bermula dengan satu langkah kecil. Semoga kembara ini menjadi wadah istimewa yang menyingkap detik-detik indah penuh makna. ✑
Get link
Facebook
X
Pinterest
Email
Other Apps
Comments
Popular posts from this blog
Julai ini sahaja, sudah lima kali saya bertemu dengan AN. Saat berpelukan, dapat saya rasakan gelombang dan debar yang menggoncang dada AN. Hiba. Ya, kami menerima lagi warta kesedihan. Sesungguhnya, tiada yang termampu kami lakukan, selain mendoakan. Allah tidak menurunkan sesuatu penyakit melainkan diturunkan bersamanya penawar. ✑
Jalan takdir. Saya baru berkesempatan mencatat di ruang ini. Saudara, FD akhirnya pulang ke negeri abadi. Ya, sebuah pemulangan yang meninggalkan denai sepi dalam diri kami. Sebelum menapak masuk ke kelas pagi tadi, saya sempat menelusuri ruang galeri, membelek satu demi satu kenangan, merenung detik-detik akhir perjalanan FD menuju sisi Ilahi. Ada rindu yang tidak sempat terucap, ada kenangan yang terus hidup di dasar ingatan. Sampai masa, saya akan menziarahinya lagi. Semoga hati ini cukup kuat saat tiba di pintu 'rumah' FD. Mengiringimu lewat doa dan al-Fatihah, Farah Damia binti Iskandar. ✑
Dalam terkejar-kejar mahu ke kelas siang tadi, NM sempat menyuakan kuih seri muka dan meminta saya untuk mengambilnya beberapa. Jujurnya, kuih tersebut bukanlah menjadi pilihan teratas saya dalam senarai kuih tradisional. Namun, tak semena-mena saya mengambilnya tiga! Alahai, entah apalah yang saya fikirkan pada waktu itu. Tetapi, saya tidak dapat menikmatinya terus kerana ada sahutan lain yang lebih utama. Saya simpan seri muka NM di dalam bekas bekalan harian saya yang telah dicuci bersih. Saya hampir tidak teringat akan seri muka NM itu hinggalah ketika dalam perjalanan pulang ke rumah usai mesyuarat. Saat masa terus mengepung, saya menjamah seri muka pemberian NM di dalam kereta. Ketika suapan pertama, saya mengucap kuat, "Ya Allah, sedapnya!" Sepanjang perjalanan, saya menyitirnya berkali-kali. Siapa sangka kuih yang bukan menjadi pilihan utama saya itu, saya berjaya habiskan semua. Saya bersyukur dikurniakan kesihatan untuk merasai nikmat makan , setiap kali suapan. Se...
Comments
Post a Comment