Cuti sekolah kembali lagi. Seperti lazimnya, mak dan abah tidak akan melepaskan peluang memenuhi deretan undangan perkahwinan yang berkunjung saban musim. Antara keseronokan yang masih mampu menggembirakan hati saya yang polos ialah saat mereka membawa pulang beg-beg kecil berisi goodies daripada majlis yang dihadiri. Saya seperti anak kecil yang keriangan, mengintai-intai isi di dalamnya. Antara ‘dapatan’ utama saya hari ini termasuklah kek coklat Apollo, gula-gula Mentos dan yang paling mempesonakan ialah dua lilin LED ini.
Saya membawanya masuk ke dalam bilik. Suis lilin dihidupkan, lalu cahaya kuning redup memantul lembut di sudut kamar. Cantik sekali! Jiwa kecil saya tidak sabar menanti malam. Saya mahu memperagakan lilin itu dalam gelap agar cahayanya tampak lebih hidup di tengah hening yang memeluk malam. ✑
Comments
Post a Comment