Saudara, saya belajar menghargai sepi yang bernyawa.

Saya masih menghantar pesan, walau adakalanya tiada sebarang balasan. Kerana saya tahu, masih ada mata yang membaca, masih ada nadi seseorang di seberang sana. Saya tidak lagi kecewa pada sepi. Selagi masih ada yang membaca, selagi itu masih ada sesuatu yang hidup antara dua jiwa.

Saudara, teman saya tidak sebertuah itu. Sahabat baiknya telah pulang. Pesanannya kini hanya terpantul ke dasar sunyi. Tiada gema yang kembali. Tiada sahutan yang didengari. Kini, hanya kiriman doa yang berlayar; doa yang tidak pernah putus dari kasih seorang sahabat yang tulus. ✑

Comments

Popular posts from this blog