Posts

Showing posts from 2019
Image
Deritaku bukan untuk dikongsi.
Image
Hatiku semerta menjadi riang. Namun, ia kembali sayu tatkala sealunan melodi melankolik menyapa telingaku.
Image
Terpisah tanpa alasan, bertemu juga tidak disengajakan. 
Image
PADA minggu lalu, sebuah makalah berjudul The 22 Best Writing Tips Ever  oleh Melissa Donovan menerusi Writing Forward  telah berjaya menawan kecenderungan saya untuk berkongsi serba sedikit info yang menarik buat para pembaca khususnya buat sahabat sepenulisan sekalian. Sedar atau tidak, dunia kini mampu dikuasai dengan hanya melalui percantuman aksara yang membentuk tulisan. D engan tulisan, perkara benar bisa menjadi dusta. B egitu juga sebaliknya. Menurut makalah yang dikongsikan, Melissa Donovan telah menyenaraikan beberapa petua yang meliputi asas-asas dan aspek terpenting bagi menghasilkan sesebuah penulisan yang terbaik dan cemerlang. Jika diamati sepintas lalu, kesemua petua yang diberikan tidaklah begitu asing dengan kehidupan seharian buat sesiapa sahaja yang ingin memulakan penulisan. Namun begitu, bukanlah sesuatu perkara yang mudah untuk dijadikan sebagai rutin berkala buat mereka yang tidak terbiasa dengan hal-hal baharu. ‘Betulkan yang biasa, biasakan yang ...
Image
Untuk kesekian kalinya suara-suara itu bertandang lagi. Adakalanya aku teruja, adakalanya aku curiga. Aku tidak pernah menyangka bahawa kesannya mampu sebesar ini. Cukup bervariasi! 
Image
Ustaz 'Telaga Biru' kami sering berpesan, Terkadang cinta yang matang itu tidak perlu suara. Cukup dengan doa penghantar rasa. Kata-katamu kepada Tuhan tentang dia sesungguhnya lebih bermakna daripada berkata-kata terus kepadanya. Cinta tanpa doa adalah cinta yang pura-pura...
Image
Suara nan indah itu akan menjadi gema membisik di maya rinduku apabila kalian tiada nanti. 
Image
Hatiku yang sejak tadi tenang kini bernada sedih, seiring dengan alunan petikan gitar bermelodi melankolik itu. 
Image
Dari jendela bilik, mataku tertangkap kelibat ayah yang sedang duduk di pangkin sambil memetik melodi 'Salam Terakhir' pada gitarnya. Saban hari, pasti tidak lekang gitar berusia lebih 40 tahun itu dari tangannya. Sering kali aku tertanya sendiri, "Ada apa dengan instrumen bertali enam itu?"
Image
Banyak ruang. Banyak peluang. Tapi terbuang. Aduh sayang! 
Image
Maka tinggallah daku seorang diri ditemani rintik-rintik hujan yang semakin rancak membasahi bumi.
Image
Terkadang angin yang berhembus kecil mengalunkan rentak dan irama yang sukar untuk ditafsirkan...
Image
Percikan hujan di bulan Januari ini sungguh membawaku kembali ke lamunan yang telah sirna, seakan kebiasaannya di dalam setiap lagu ada kisah; seperca ceritera yang berkait dengan perjalanan hidup dan salasilah...
Image
Merangkai serpihan tawarikh!